Akta Pertubuhan Belia Pendaftar_Pertubuhan_Belia

Akta Pertubuhan Belia dan Pembangunan Belia 2007 atau dikenali sebagai Akta 668 mewajibkan persatuan belia diterajui belia tidak melebihi usia 40 tahun. Semua pertubuhan-pertubuhan belia hendaklah mendaftar dengan pejabat Pendaftar Pertubuhan Belia bagi mengelakkan sebarang masalah, walaupun sebelum ini pernah mendaftar melalui Pejabat Pendaftar Pertubuhan.[1] Objektif pendaftaran ialah untuk menggalakkan lebih banyak persatuan belia dapat ditubuhkan di setiap komuniti dan kawasan. ROY akan memperkemas dan memperkasa sistem penyampaian dalam pembangunan belia supaya lebih berdaya maju dan aktif pada setiap masa. Kelulusan penubuhan persatuan belia dapat mendaftar daripada enam kepada tiga bulan atau kurang daripada itu.